Tuesday, August 01, 2006

Namamu Tetap Dikenang

Assalam'mualaikum...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam takziah pada adik Hani Karmila dan juga bekas isteri Allahyarham iaitu Datin Seri Tiara Jacqueline. Bila saya melihat gambar-gambar Allahyarham di website teratakburuk, saya begitu sedih sekali sehingga menitis airmata saya. Allahyarham Hani Mohsin ialah seorang yg berwibawa, penyabar & tabah dlm segala hal. Beliau juga tidak lokek dgn senyuman. Pernah satu ketika adik saya bertemu dgn beliau secara kebetulan di K.L pada tahun ini dan adik saya menegurnya dgn berkata, "Hi, how are you?" Pada ketika itu beliau terpinga-pinga kerana yg menegurnya tidak dikenali langsung tetapi beliau tetap menjawab sambil memberikan senyuman, "Fine, thank you". Bayangkanlah seseorang yg tidak dikenali tapi beliau masih memberikan senyuman yg manis. Sikap seperti itulah yg harus kita contohi. Rata-rata masyarakat kini tidak ramai yg mampu memberikan senyuman sebegitu dan begitu juga dgn diri saya sendiri. Saya amat kagumi dgn sifat dan sikap Allahyarham. Dimana sahaja beliau berada dan dgn sesiapa pun beliau pasti akan sentiasa memberikan senyuman. Allahyarham mempunyai sifat yg penyayang, pemurah dan sebagainya. Bukan mudah untuk kita megikuti jejak Allahyarham Hani Mohsin. Pemergian beliau teramat dirasai oleh semua orang terutama sekali anak tunggalnya, Hani Karmila. Anak mana yg tidak merasa sedih apatah lagi ayahnya meninggal di hadapannya. Saya pernah menonton satu rancangan dimana saya tidak mengingati tajuk rancangan tersebut. Di dalam rancangan itu Allahyarham Hani Mohsin telah di interviu dan pada ketika itu Allahyarham menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Anaknya, Hani Karmila ada bersamanya ketika itu dan dari situlah saya dapat melihat bagaimana Allahyarham menunjukkan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya dgn memeluk erat dan juga bergurau dgn anaknya, Hani Karmila. Beliau begitu menyayangi anaknya dan kelihatan juga anaknya begitu rapat dengannya. Adik Hani Karmila, adik sungguh bertuah kerana mempunyai seorang ayah yg amat menyayangi diri adik. Banyakkanlah berdoa untuk ayah adik agar ayah adik sentiasa tenang dan damai di alam bazarkh. Pemergiannnya begitu mendadak sehingga mengejutkan ramai pihak dan juga peminat-peminatnya. Sebagai seorang anak yatim piatu, beliau sering kali merasa kesunyian dan kekosongan sehingga muncullah Serina yg berjaya mengisi kekosongan hatinya. Beliau begitu menyayangi Serina sehinggakan ketika dia menghembuskan nafasnya yg terakhir gambar Serina masih berada di dalam dompetnya. Itu bererti walau dimana beliau berada sekalipun Serina tetap di dalam ingatannya. Sayangnya mereka tiada jodoh kerana perhubungan cinta mereka telah ditentang keras oleh ayah Serina iaitu Cef Wan. Serina terpaksa akur dgn kehendak ayahnya yg tidak merestui perhubungan mereka itu dan begitu juga Allahyarham yg terpaksa merelakan perpisahannya dgn Serina. Serina melakukan semua itu kerana mahu menjadi anak yg derhaka. Mungkin itu juga yg dikatakan oleh Allahyarham ketika mereka berpisah. Wallahhualam. Bila diimbas kembali detik-detik manis ketika Allahyarham bersama Serina, mereka nampak begitu romantis sekali. Saya berharap agar Serina juga tabah menghadapi pemergian seorang insan yg pernah dicintai dlm hidupnya. Sesungguhnya Allahyarham amat menyayangi diri anda sehingga ke akhir hayatnya.

Setiap lakonan Allahyarham begitu berkesan sekali di hati setiap peminat-peminatnya. Disini saya berharap agar mana-mana stesen televisyen dapat menyiarkan cerita-cerita dari lakonan Allahyarham Hani Mohsin agar dapat peminat-peminat Allahyarham melihat wajahnya yg murah dgn senyuman. Allahyarham Hani Mohsin telah banyak berjasa pada rakan-rakan seperjuangannya dan saya pasti jasa Allahyarham tetap akan dikenang walaupun beliau sudah tiada lagi di dunia ini. Kini kita telah kehilangan seorang lagi aktor yg amat diminati oleh ramai orang. Walaupun beliau sudah tiada lagi tapi namanya tetap akan dikenang oleh semua peminat-peminatnya dan rakan-rakan seperjuangannya begitu juga dgn setiap lakonannya ianya akan menjadi kenangan buat kita semua. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Hani Mohsin semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya. Wassalam...

Kiriman Dr,
N.A

p/s: harap maaf kalau apa yg tertulis diatas menyinggung mana-mana pihak.